SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...

Rabu, 22 September 2010

ATAP NIPAH

Atap nipah juga di jual dengan harga yang berpatutan.

Harga 1 atap nipah = RM 1.50 ( 1- 100 keping)
= RM 1.30 ( 100-300 keping)
= RM 1.00 ( 300 keping ke atas)

Minima pembelian - 50 keping ( bawah 50 keping boleh juga selepas rundingan harga)

jika berminat hubungi saya ( sopeeys) : 019-6590300

Isnin, 2 Februari 2009

Isnin, 10 November 2008

KG. KOTA : INDAH, PERMAI DAN UNIK





Kampung: Kg. Kota

Daerah: Hilir Perak

Mukim: Hutan Melintang

Latar Belakang

Pada asalnya Kampung Kota merupakan kubu perang pada 1960an iaitu semasa zaman Pemerintahan Raja Hitam iaitu moyang kepada Sultan Selangor sekarang

Lokasi

Kawasan Kampung Kota seluas 1057 hektar. Ia berjiran dengan Kg. Sungai Keli, Teluk Buloh dan Teluk Kerdu. Sungai Bernam merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.

Perjalanan dari Kg Kota ke Sabak Bernam adalah sejauh 15 km. Manakala dengan menaiki bot penambang pula mengambil masa lebih kurang 5 minit dengan tambang RM2.00( satu perjalananan).

Jarak dari Kampung Kota ke Teluk Intan ialah 33KM. Manakala jarak perjalanan dari Kampung Kota ke Hutan Melintang pula adalah 19KM.

Statistik

Kampung Kota mempunyai jumlah penduduk sekitar 600 orang. Dimana 50%3 terdiri daripada lelaki and 50% orang perempuan dan kesemuanya berbangsa Melayu.

Ekonomi

System ekonomi utama Kampung Kota berasaskan perladangan seperti kelapa sawit dan kelapa.
Selain daripada itu terdapat juga Perusahaan Perkilangan.
1. Kilang Unitata (minyak kelapa sawit, sabun, majerin),
2. Kilang Kokomal (coklat),
3. Kilang Wamata (Kelapa, santan)

Perusahaan kecil-kecilan juga merupakan sumber ekonomi penduduk Kg Kota iaitu perusahaan membuat tiang kerepek dan kerisik.
Kg Kota juga mempunyai sebilangan kecil nelayan dan penduduk yang berkhidmat dengan Kerajaan

___________________

Keindahan dan Kecerian Desa

Deretan perahu....menanti tetamu...








penumpang menanti dalam keheningan pagi...










Kucing pun tidak ketinggalan...
merasai...pengalaman menaiki sampan..huhu..









Antara tradisi dan moden....








Antara aktiviti petang anak-anak desa.....












Menanti penumpang....









ketenangan......

Panorama Desa

Seorang tukang sampan sedang memperbaiki sampan yang telah rosak sebahagian lantainya..



Masjid Kg. Kota yang berusia masih gah. Lokasinya yang berhampiran Jeti Kg. Kota (yang menjadi tumpuan warga komuniti Kg. Kota) memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan perintah Yang Maha Esa.

4

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle